Pengertian Ilmu yang digunakan oleh Hujjatul Islam Imam Ghazali dalam sebuah kitabnya yang bernama Al-Risalatul-liduniyyah adalah seperti berikut:
AL-ULUM AL-MAKTASABAH
yang bermaksud ilmu-ilmu yang didapati dengan mencurahkan usaha seperti
belajar dan membuat kajian. Dengan kata lainnya ialah ilmu-ilmu yang
didapati dengan senang (Al-Ulum Al-Dhoruriyah) maksudnya ilmu-ilmu yang
didapati dengan mudah sahaja menerusi salah satu daripada
anggota-anggota pancaindera seperti rasa manis melalui lidah, mendengar
suara melalui telinga dan lain-lainnya.
Ilmu GHAIBI LADUNI atau lebih ringkasnya disebut sebagai ilmu laduni yang membawa maksud secara hurfinya 'ILMU KESISIAN' iaitu ilmu disisi tuhan. Sama dengan ILMU ALLAH atau ILMU TUHAN.
Sesetengah ahli ilmuan Islam memberikan atau menggunakan berbagai-bagai istilah lain yang sama maksudnya dengan ilmu LADUNI ini dalam usaha mereka untuk mengemukakan pendekatan ilmu masing-masing. Antaranya ialah seperti berikut :
- Ilmu Batin
- Ilmu Qalbi
- Ilmu Mukasafah
- Ilmu Asyror
- Ilmu Maknun
- Ilmu Hakikat
- Ilmu Makrifat
- Ilmu Tasauf
Telah banyak ulama-ulama
atau ilmuan zohir terkelincir kerana mereka membantah dan menidakkan
ilmu laduni ini. Kita lihat bagaimana satu catatan hal tersebut yang
dikemukakan oleh Iman Ghazali yang mengatakan:
"Seorang daripada kawan-kawanku telah menceritakan kepadaku mengenai seorang alim yang mengingkari ILMU GHAIBI LADUNI
yang menjadi pegangan pemimpin-pemimpin tasauf dan tumpuan ahli-ahli
thorikat yang berpendapat bahawa ilmu laduni adalah lebih kuat dan lebih
tepat dari ilmu-ilmu yang didapati dengan usaha yang didapati dengan
belajar. Kawanku juga mengatakan bahawa orang alim itu berkata bahawa
aku fikir tidak ada seorang pun dalam dunia ini yang boleh memperkatakan
tentang ilmu yang sebenar dengan fikiran semata-mata tanpa belajar dan
tanpa usaha-usaha untuk mendapatkannya. Aku (Ghazali) berkata
seolah-olah orang itu tidak tahu tentang
cara-cara untuk mendapatkan ilmu dan tidak tahu pula kerja ' JIWA
INSANI ', KEMURNIAANNYA DAN CARA-CARA PENERIMAAN DARI ALAM GHAIB DAN
ILMU ALAM MALAKUT."
Berkata lagi Imam Ghazali.....
Sesungguhnya
mereka yang hanya menganggap ilmu kalam seperti fekah , tafsir dan
sebagainya sebagai satu-satunya ilmu yang mampu diperolehi oleh manusia
adalah merupakan mereka yang telah menyimpang dari method hakikat kerana
Al-Salmi ( Abdul Rahman Muhammad bin Al-Husain bin Musa Al-Azdi
Al-Salmi seorang ahli tasauf, ahli sejarah, ahli hadis dan hadis tafsir
yang telah menulis sebuah kitab tafsir yang bernama 'Aqa'ik Al-Tafsir/
Wafat tahun 1021=412 Hijrah) telah mengumpulkan sesuatu dalam tafsirnya
yang diambil dari kata-kata orang-orang muhaqiqin, sedangkan kata-kata
itu tidak tersebut dalam semua kitab tafsir yang ada. Kata Ghazali lagi.
Ahli tafsir tepi jalan ini seolah-olah tidak tahu:
- Bahagian-bahagian ilmu
- Perincian-perinciannya
- Tingkat-tingkatnya
- Kenyataan-kenyataannya dan
- Batin-batinnya.
Memang sudah menjadi
adat bahawa orang-orang yang jahil dalam sesuatu akan mengingkari
sesuatu itu dan orang yang tersebut itu tidak pernah merasai MINUMAN
HAKIKAT dan tidak mengetahui mengetahui mengenai tentang Ilmu Laduni.
Definisi Ilmu Dan Kegunaannya
Ketahuilah bahawa ILMU(Pengetahuan) ialah
konsep(tasawwur) jiwa berakal yang tenang(Al-Nafsunathokhotul
Muthomainnah) terhadap hakikat-hakikat sesuatu (hakho-ikul-asyaai) dan
rupa-rupanya(suuraha) yang bersih dari benda-benda dengan
'ainnya(a'yaanaha), kualiti-kualitinnya(kaifayaataha),
kuantiti-kuantitinya(kamayaataha), jauhar-jauharnya(jawaaharoha), dan
zat-zatnya(zawaataha), kalau ia adalah tunggal (mufrad).
A'LIM ialah orang yang mengetahui ialah orang yang meliputi, mencapai, lagi mempunyai konsep; manakala "MA'LUM" (apa yang diketahui) ialah zat sesuatu yang terukir ilmunya pada jiwa.
Kemuliaan
ilmu itu menurut ukuran kemuliaan maklumat dan darjah seseorang alim
itu adalah menurut darjah ilmunya. Tidak ragu-ragu lagu bahawa di antara
maklumat yang paling utama, paling tinggi, paling mulia dan paling
besar ialah Allah Pencipta, Al-Haq yang tunggal, ilmu yang berhubung
dengannya, ilmu tauhid adalah ilmu yang paling utama, paling besar dan
paling sempurna. Ilmu ini adalah sesuatu kepastian. WAJIB mengetahuinya
atas sekalian yang berakal sebagaimana sabda rasulullah SAW. yang
bermaksud:
"Menuntut ilmu adalah fardu atau tiap-tiap orang Islam".
Dan baginda rasulullah menyuruh mencari ilmu ini dengan sabdanya yang bermaksud
"Carilah ilmu meskipun dinegeri Cina".
Orang-orang
yang mempunyai ilmu tauhid ini adalah yang paling utama di antara
ulama-ulama lain. Sebab inilah Allah Taala menyebut mereka ini secara
istimewa pada tingkat yang tertinggi sebagaimana firmannya yang
bermaksud:
"Allah
telah terangkan bahawa tidak ada tuhan melainkan Dia yang berdiri
dengan keadilan dan disaksikan oleh malaikat dan ahli-ahli ilmu."
(Surah Al-Imran, ayat 18).
Oleh
itu ulama-ulama ilmu tauhid secara umumnya adalah Nabi-nabi, selepas
mereka barulah ulama-ulamayang menjadi ahli waris Nabi-nabi. Ilmu Tauhid
ini meskipun mulia dan sempurna pada dirinya, ia tidak menolak
lain-lain ilmu, malah ia tidak akan terdapat tanpa bahan-bahan yang
banyak dan bahan-bahan ini tidak kan teratur jika tidak dari pertolongan
berbagai-bagai ilmu seperti ilmu-ilmu langit dan falak-falak(astronomi
dan kosmologi) dan ilmu seluruh ciptaan. Dari Ilmu Tauhid lahir pula
ilmu-ilmu lain seperti yang akan kami(Imam Ghazali) akan sebutkan
bahagian-bahagiannya pada tempat-tempatnya.
Ketahuilah
bahawa ilmu itu sendiri adalah mulia tanpa memandang kepada aspek
ma'lum, hingga ilmu sihir adalah mulia pada dirinya meskipun ianya
palsu. Ini adalah kerana ilmu lawanya kejahilan dan kejahilan adalah
dari kelaziman-kelaziman kegelapan dan kegelapan termasuk dalam
lingkungan diam dan diam itu hampir dengan tidak wujud. Kepalsuan dan
kesesatan termasuk dalam bahagian ini. Oleh itu
kejahilan itu hukumnya adalah hukum tidak wujud, manakala ilmu hukumnya
adalah hukum wujud dan wujud itu lebih baik daripada tidak wujud.
Hidayah kebenaran dan cahaya semuanya termasuk dalam lingkungan wujud.
Apabila wujud lebih tinggi daripada tidak wujud maka tentulah ilmu
lebih tinggi daripada kejahilan, kerana kejahilan serupa dengan kebutaan
dan kegelapan, manakala ilmu serupa dengan penglihatan dan cahaya. TIDAKLAH SAMA ORANG BUTA DENGAN ORANG YANG MELIHAT, juga tidaklah sama gelap dengan cahaya. Allah Taala telah menerangkan mengenai ini dengan firmannya yang bermaksud;
"Katakankanlah(hai Muhammad) adakah sama mereka yang tahu dan mereka yang tidak tahu?".
(Surah Az-Zumar ayat 9).
Berdasarkan perbandingan di atas dapatlah pula dikatakan bahawa KEJAHILAN adalah dari kelaziman-kelaziman jisim, manakala ILMU adalah daripada sifat-sifat JIWA. Oleh itu JIWA LEBIH MULIA DARIPADA JISIM.
Ilmu
terbahagi kepada beberapa bahagian yang banyak. kita akan menyatakan
satu persatu dalam fasal yang lain, sedangkan seorang alim mempunyai
berbagai-bagai cara untuk mendapatkan ilmu itu juga kami akan sebutkan
dalam fasal yang lain. Yang perlu bagi anda sekarang selepas mengetahui
keutamaan ilmu ialah mengetahui bahawa JIWA YANG MERUPAKAN LUH SEGALA ILMU DAN TEMPATNYA.
Jisim bukanlah sesuai untuk tempat ilmu kerana jisim adalah terbatas
dan tidak dapat dimuati oleh banyak ilmu, malah ia hanya dapat
menanggung ukiran-ukiran dan gurisan-gurisan sahaja, sedangkan JIWA
MENERIMA ILMU TANPA SEMPIT, SESAK, JEMU DAN HILANG. Sekarang kita akan
memperkatakan tentang jiwa secara ringkas.
Ringkasan fasal di atas:
Imam
Ghazali memulakan perbincangannya dengan memberikan pengertian tentang
"ILMU". Kemudian beliau menyatakan bahawa kemuliaan ilmu itu terletak
kepada kemuliaan "maklumat". Jika maklumat mulia maka ilmu itu pun turut
mulia. Di antara semua maklumat, maka Allah Taala lah yang paling
mulia. Sebab itu ilmu yang membicarakan tentang Allah Taala adalah ilmu
yang paling tinggi dan mulia. Ilmu ini ialah Ilmu Tauhid.
Disediakan oleh:
Ahmad Nizam Bin Awang