Ketahuilah bahawa "ILMU LADUNI" itu adalah penyerapan Nur Ilham yang terjadi selepas penyempurnaan (JIWA) sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Demi satu jiwa serta Yang Menyempurnakannya" (Surah Al-Syams:7). Perkembalian (kepada asal) ini adalah dengan tiga cara:
1. Mempelajari semua ilmu
dan mengambil sebahagian yang lebih besar dari kebanyakannya.
(Penjelasannya: ialah dengan mempelajari dasar-dasar semua ilmu,
kemudian kebanyakan dari ilmu-ilmu ini hendaklah diketahui pula
sebahagian yang lebih besar dari kandungan. Katakanlah lebih daripada
50%).
2. Latihan yang benar dan Murraqobah yang betul, kerana Nabi SAW. pernah menunjukkan kepada hakikat ini dengan sabdanya yang bermaksud: "Siapa yang beramal dengan apa yang telah diketahuinya, Allah akan mempusakakan Ilmu mengenai apa yang belum diketahuinya". Bersabda lagi Nabi SAW. yang bermaksud: "Siapa
yang menyerahkan dirinya untuk Allah (beramal) selama 40 pagi, Allah
Taala melahirkan mutiara-mutiara hikmah dari Qalbu ke atas lidahnya".
3. Berfikir, bahawa
jiwa itu bila beramal (menerusi ilmu-ilmu yang dipelajari) dan berlatih
(beramal) dengan (keadah) ilmu kemudian berfikir mengenai maklumat
menurut syarat-syarat berfikir, akan dibuka kepadanya pintu ghaib
seperti seorang ahli perniagaan yang menyelenggarakan hartanya dengan
syarat-syarat(yang ditentukan untuk) penyelenggaraan, akan dibuka
kepadanya pintu-pintu keuntungan. Bila ia melalui jalan yang salah ia
akan jatuh di dalam kerugian. Begitu juga seorang pemikir itu, bila ia
menempuh jalan yang betul ia akan menjadi seorang yang bijaksana dan
terbuka saluran dari Alam Ghaib dalam Qalbunya; lalu ia menjadi seorang
Alim yang sempurna, beraqal, berilham lagi mendapat pertolongan (dari
Allah) sebagaimana sabda Nabi SAW. yang bermaksud: "Berfikir sesaat itu lebih baik daripada beribadat selama 60 tahun".
Syarat-syarat
berfikir ini kami paparkan dalam suatu risalah yang lain kerana
keterangan mengenai berfikir, cara dan hakikatnya adalah suatu yang
samar, memerlukan penerangan yang agak lanjut dan penjelasan dengan
pertolongan Allah Taala.
Sekarang
kami akhiri risalah ini, kerana apa yang tersebut di dalamnya rasanya
memadai untuk orang yang sesuai dengannya. Firman Allah yang bermaksud: "Dan sesiapa yang Allah tidak kurniakan kepadanya Nur, nescaya tidak ada baginya sebarang Nur". (Surah An-Nur:40)
Dan
Allah yang menjadi Wali orang-orang Mukmin, Selawat dan Salam ke atas
Sayyidina Muhammad dan Ahli Keluargnya dan Sahabatnya. Cukuplah Allah
yang menjadi Wakil. Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah yang
Maha Mengetahui lagi Maha Besar. Bermula segala puji-pujian itu bagi
Allah Seru Sekelian Alam.
Selesailah
tanggungjawab Suluk menyebarkan Risalah ini kepada umum pada hari
Jumaat 5 Mac 1999 bersamaan dengan 16 Zulkaedah 1419. Semoga Allah
memberkatinya dan melimpahkan rahmat kasih sayangnya di dunia dan
akhirat.
Allahu A'lam.
Semoga Allah
Memberi Taufiq Dan Hidayahnya
|
Sebarang Kesamaran
Sila Rujuk Kepada Mereka Yang Ahli Dalam Ilmu Ini
|